Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh
badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal,
pengawalan kesihatan, dan
pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien.
Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam
badan anda.
Oleh sebab itu, anda
perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan
tambahan seperti vitamin) yang lain. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh
menghasilkan sel-sel darah dan hormon.
Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak
mikronutrien. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan
makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma,
anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda.
Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Apa akan terjadi jika
tidak ambil vitamin?
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka
minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda
amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin
dan nutrien. Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi,
anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan
daging. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan
vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Berbeda
pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu
dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang
vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah)
Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan
vitamin B12 atau zat besi.
Jenis-jenis dan
fungsi vitamin
|
No comments:
Post a Comment